Sunday, November 3, 2013

Selesai sudah interview spp

Tanggal 29 Oktober 2013

Alhamdulillah selesai sudah interview spp..
Moga dapat lah posting dalam tempoh terdekat ni..

Berkait ngan interview saya nak share skit pada pembaca semua yg akan menghadiri temuduga dengan SPP.. Janganlah berdebar sangat..takut sangat..sampai takleh tido..tak leh makan..takleh mandi..tak leh buat keje harian dgn sempurna..jangan risaulah yer..

STEP BY STEP tuk i.v :

1) Ok..sebelum g i.v tu saya prepare lah jugak baca2 sal tokoh2 penting lebih2 lagi berkaitan dgn pendidikan.., Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan sedikit info lain yang agak berkaitan..

2) Buat pengesahan satu salinan sahaja sijil2 dan yang berakaitan dalam senarai semak

3) Malam sebelum interview saya kemaskini fail untuk apa yg SPP nak dalam senarai semak..susun jer ikut senarai semak tu..jgn duk pandai2 nak tambah2 sijil..tak der kaitan pun..kalau bawak pun buat berat jer..

4) Sampai jer pintu masuk SPP..semua barang kena scan dulu..pastu gi kat kaunter tuk dptkan pas masuk..tinggal lesen memandu..dan gambar kita disnap jugak untuk rekod..dah dpt pas so, blh lah merayau kat area i.v tu..hehhe..jauh jugak berjalan ke tmpat i.v tu..ambik masa 3 minit jugak laa..

5) Pastu masuk ke tempat i.v untuk pendaftaran..kemudian pegawai bertugas bg sekeping borang kemaskini maklumat utk diisi. Kemudian nama kita akan dipanggil utk semakan sijil..Sijil mesti letak dalam fail ikut susunan senarai semak..IC skali letak dlm fail tu..lepas tu fail kita akan dibawa ke dlm bilik i.v..kita hanya bawak diri dan buku persediaan mengajar jer..

6) Lagi satu jgn lupa lekatkan terus gambar berukuran passport kat kertas senarai semak..jgn tangguh2 tau.. saya salah sorang yg tertangguh letak gmbar..tu lerr masa hr i.v kelam kabut cari gambar..sampai mintak suami snap gmbar dan mintak cuci kat kedai gambar..tp suami tak dpt nak nolong coz tak jumpa cari kedai gambar..last2 saya tertengok kat buku persediaan mengajar..kebetulan saya bawak 2 buku PM..dua2 ada gambar..so..saya ambik lah gambar tu dan lekat lah kat senarai semak..penting gambar ni tau..

7) Orait..blazer pulak..kalau ada pakai lah..kalau takder tak per..tp lebih elok pakai yer..

8) Name tag satu nama lebih baik ( jgn lupa pakai sebelah kiri )

9) Pakaian pulak pakaian normal.

10) Kasut hitam bertutup..wajib..jangan pakai sandle.. saya adalah salah seorang yg terlupa pakai kasut..dah pakai stokin..tapi tak pakai kasut..pakai sandle pasar..huhu..haa tu lah sebab tak pakai terus kasut dari rumah..konon2 nak pakai bila sampai kat putrajaya..hehhee..Alhamdulillah ditegur oleh seorang rakan..haa masa tu lah terkezut besar..dan apa lagi terus tepon hubby mintak dia dtg htr kasut..kasut tu memang dah ready dlm keter.. hubby ada area putra jaya jer tunggu saya sampai habis i.v..ngan 3 org anak yang masih kecik..haa mencabar betoi hari ni tau..

10) Ok dah setle benda2 tu..tibalah masa untuk diinterview..saya berada dalam senarai kumpulan 4 dan satu kumpulan 6 orang..haa..berdebar jugak..dup dap dup dap...macam2 dapat saya rasa..exam pun tak lah takut macam ni..betul tak kawan2 yg dah interview..hhehhe..

11) Loceng berbunyi..tibalah giliran kumpulan kami..ketuk pintu, masuk dan beri salam..letak buku persediaan mengajar kat atas meja penemuduga..kalau bawak folio pun letaklah skali.. kemudian duduk setelah di persilakan duduk ..

12) Soalan yang diajukan :

a) Memperkenalkan diri
b) Tanya sal jsu,
c) penghayatan merdeka mcm mana nak kaitkan dgn ict spy pelajar senang ingat..
d) satu lg sal makmal..tangani makmal dengan pelajar yg ramai atau sikap pelajar yg tdk ambik phatian..

Masa yang diperuntukan adalah satu jam.. berleter lah apa yang patut..pandai2lah bagi peluang kat kawan sekumpulan.. mg semua dpt peluang bercakap..kawan2 boleh cover kawan yg lain kalau ada yg teragak2 nak berkata2..

dah selesai bersembang berborak bergelak2.. emm..panel penemuduga pun benarkan kita keluar...dengan ucapan akhir kami..terima kasih dan Assalamualaikum.. 

So jangan risau2 yer...banyak kan berdoa..mudah2an usaha kita di berkati dan dipermudahkan untuk posting..Good luck kepada kawan2 yg akan diinterview pada minggu depan.. dan adik2 yg tercari2 macam mana keadaan i.v ni..

Sempat bergambar selepas interview..

Thursday, October 24, 2013

Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan
Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi.
Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia yang responsive kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan.
Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing, memiliki kemahiran dan kelayakan yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.
Mengapa perlu transformasi?
  • Keperluan negara untuk tenaga mahir.
  • Sistem semasa tidak menyedikan graduan untuk bekerja.
  • Mengarusperdanakan sistem pendidikan vokasional.
  • Tidak selari dengan negara serantau dan negara maju.
  • Merapatkan jurang perbezaan bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.
  • Malaysia ketinggalan dari segi enrolmen pendidikan vokasional di peringkat global.
  • Pencapaian UPSR dan PMR tidak menunjukkan semua pelajar boleh berjaya dalam bidang pendidikan berorientasikan akademik.
Objektif
  • Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan – badan pensijilan kebangsaan.
  • Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia melanjutkan pelajaran vokasional ke peringkat lebih tinggi.
  • Menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan – badan pensijilan kebangsaan.
  • Menghasilkan lepasan pendidikan atas yang berupaya menjadi usahawan yang berdaya saing.
  • Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional.
Hala Tuju
Transformasi Pendidikan Vokasional memberi fokus terhadap komponen kebolehpekerjaan graduan. Keberhasilan usaha transformasi ini ialah pendidikan vokasional era 2020 yang berupaya memberi sumbangan yang signifikan kepada agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi.
Pelan Strategik
Perekasayaan sistem pendidikan vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 – 2020 yang dibahagikan dalam 3 fasa.
  • 2011 – 2013 : Fasa Lonjakan
  • 2014 – 2016 : Fasa Peningkatan
  • 2017 – 2020 : Fasa Pemerkasaan
Kerjaya
TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
BERTEMPAT DI GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE PADA 06 JANUARI 2012
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian
Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Ketua-Ketua Jabatan,
Dif-Dif Kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Tuan-Tuan, Puan-Puan,
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian
1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang menandakan permulaan transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dan tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.
2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy’ atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.
Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Para hadirin sekalian,
4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.
5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.
Hadirin sekalian,
7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan sebentar lagi.
8. Lima strategi utama ini merangkumi:
  • Transformasi kurikulum pendidikan vokasional
  • Transformasi institusi pendidikan vokasional
  • Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri
  • Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.
  • Transformasi organisasi pendidikan vokasional.
9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.
10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui “work based learning” dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.
11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas diucapkan.
12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakan transformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.
13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..
Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.
 

Pengalaman graduan :Temuduga SPP 2013


Satu kumpulan dalam 5-6 org. Masuk berkumpulan, ditanya seorang demi seorang. Ada yg blh beri pendapat, tolak ansur bg jwpn dgn rakan2. Tolong rakan2 dlm sesi temuduga tu. Bergantung kepada setiap panel. Setiap panel berbeza cara, jadi pastikan persiapan tu ada.

NUROL FATIN
IPG KSAH
PRASEKOLAH

Salam rakan2...sekadar ingin mberi sedikit info ttg soalan yg ditanya semasa temuduga tadi...alhamdulillah selesai sudah...saya sempat bertanya tiap rakan kita yg ditemuduga...soalannya lain2...fokus byk ttg PPPM, NKRA, PBS, dan FPK dan beberapa isu semasa...yang ditanyapon xbyk...penemuduga akan tya apa yg dh kita baca...soalan 2 yg akan ditanya...soalan yg ditanya ikut pada penemuduga...klu ok mmg dorg akan tya soalan KBKK...dan yg paling seronok untuk dijawab adalah soalan ikut bidang tugas masing2...semoga rakan2 yg akan ditemuduga nanti akan dpt mjawab dgn baik...insyaallah...amin... :)

jgn risau ok...soalan yg fakta dia xakan tya byk...dia lebih fokus pada subjek yg kita ajar...tp mgkin ikut penemuduga jugak...jd baca skadar tahu...insyaallah dpt jawab semua

SOAP MACTAVISH

Pesanan buat rakan2 yg belum SPP lagi, berdasarkan pengalaman pagi tadi di IPSAH:
1) Sediakan segala dokumen secukupnya, Susun ikut turutan senarai semak.
2) Pakaian kemas dan ikut kod pakaian guru. Blazer tu optional, Kita bukan penemuduga,tapi ditemuduga.
3) Banyakkan tau isu semasa di Malaysia, dan pengetahuan am. Nanti penemuduga SPP akan tanya, kena tau mendalam isu semasa yg kita pilih. Nanti kena query.
4) Kena jawab secara aras tinggi isu semasa dan bidang opsyen kita, jangan gugup dan bg jawapan negatif.
5) Tegur sapa penemuduga yang keluar utk berehat.
6) Sarapan dulu,proses temuduga utk setiap kumpulan sekitar sejam hingga sejam setengah.
7) Buku RPH sunat muakkad saja, tak check sangat pun. Porffolio praktikum tak perlu bawa dan tak diminta langsung pun.


pesanan tambahan : penemuduga adalah org besar SPP dan KPM, mostly Dato, Datin. Jangan ambik jalan maut pilih isu semasa yg kita sendiri pon tak pasti.kelak memerangkap diri saja

ada kes dera anak, BRIM.pilih ja apa2 pon asalkan kita dpt hurai dgn yakin dan tepat.lagi rumit isu lagi baik,menampakkan HOTS,high order thinking skills yg diinginkan SPP

MUHAMMAD ADI ASRAFF
IPG PERLIS
PENDIDIKAN JASMANI


Dalam 30 minit ja... Datuk Dangiran Timbalan Pengarah SPP
Dokumen ikut senarai semak saja.. dan 3 sijil.. buku rph.. tu je..
Rph dia check.. Soalan aplikasi je.. xbaca nota pun leh jwb.. kbkk..
Die ckp jgn risau pasal IV.. IV ni bukan tujuan untuk digagalkan.. Kecuali kita sndiri nak buat bg gagal..

Antara soalan y ditanya:
1.Apa beza pendidik dgn pengajar?
2.Cara tingkat kecermelangan sek.
3.Cara bawa murid ke pdg semasa sesi PJK
4.Cara tarik minat murid belajar PK
5.Apa itu "pendidikan berterusan"


HAIDA ABDULLAH

Tips utk kwan2 nk bakal dtmdga esok n strusnya: pnmudga berbeza2. Ada y relax je. Siap buat lawak lg. N xkurang juga ada y sruh buat micro teaching. Ada y tya teori. Ada pulak y tya kbkk shja. Apa2 pn.. kwn2 bersedia mental dan fizikal. Good luck ye..:)

Owh.. sume atas pnmdga. Y sy punya. Berkumpulan. Die bg topik. Ckp srg2. Klaw semua syap. Die tunjuk atau pggil nma. Ada y pnmdga pgil nma siap2.pastu tya. Semua aras pnmduga. Ada y pnmdga mrah kita bntu kwn..mcm2

Boleh rasanya nk jwb lg. Tp salu sy dan rakan2 td dh pkat jwb pendek. 1 atau 2 point je. Bg peluang utk kwn2 lain ckp jugak sbb klaw kite bntang byk sgt. Nt kwn xda point.. sian die...



ZAFIRAH MAHADZIR
TESL - NZ
IPG KSAH

1) nama timbalan YDP agong yang ke-3 (kriiiik kriiik.semua tak boleh jawab.hahaha)
2) majlis raja2 bersidang berapa kali setahun? (kriiik kriiik jugak)
3) golongan manakah yang paling banyak kena mental illness? (of course la cikgu. why? dari soklan ni dia akan derive ke soklan lain2 berdasarkan jawapan yg korang bagi)
4) how can you incorporate effective TnL in the classroom?
5) how do you do your reflection?
6) how do you evaluate your students' achievement?
7) berapa bilangan cikgu kat malaysia?
dalam setahun, berapa ramai cikgu yang bersara? (kena guna thinking skill sikit la soklan macam ni.ikut logik)




ANAS AKMAL
PENDIDIKAN JASMANI
IPG KSAH

Dh lepas!!! Kena gebang sal pppm haa.. Jenuh peluh cerau!!! Tp yg penting!!! Dh abis!!!! Gudluck semua rakan2 lain...

pekeliling 5 bdk terlibat politik tu jana idea cmna nk halang budak terlibat politik... Cmna nk jga keselamatan bdk kat skulah kat pdg.. Smbutan kemerdekaan kat sekolah cmna...


Yang lain.. Dia tnya sal jana idea.. Kenapa nk jd cikgu pj.. N cmna nk jga keselamatan bdk.. Hahahaha...


CIK BEBET

IPG PERLIS

sbg pkongsian utk iv.smlm kump sy dtanya
- ape rasional pnulisan rfleksi atau impak slpas mngaja
-ape yg anda boleh jlaskn mngenai fpk
-ape tndakan guru pra jika ppm bcuti tnpa memaklumkn pd anda.bgaimana pnydiaan mknn tnpa ppm?



CIK SUE

IPG PERLIS

Alhamdulillah kami dh selesai...kmpln kmi kne wt microteaching n tnye psl unsur seni n prinsip rekaan..ikut opsyen..kptsn iv akn thu 2 bln pas iv.



SHERIL AMIZAH OTHAMAN

IPG KSAH
PRASEKOLAH

tnya rukun negara dgn knsep 1 mlysia jaa..pastu pasai pra. Ikut panel gak tp time aku xdelah susah sgt



YASMIN IDAYU OTHMAN

IPG KSAH
PENDIDIKAN JASMANI

Dia tanya apa maksud jadual anjal, mcm2 la dia tnya, pasal bilangan pendudukan semua, protokol jumpa sultan. Ada juga dia tnye ttg renang, apa alternatif nk buat kalau sekolah tu xde kolam renang...

*nak diingatkan di sini. kita berjumpa panel lain2, so soalan dia pun berbeza. siap sedia. soalan yg tak dijangka akan ditnya oleh panel2.



AKMAL RABBANI

IPG KSAH
REKA BENTUK TEKNOLOGI

td kos Rbt kat ipsah... tnya psal kos kte,, cam pe mksud rbt bagai.. pstu kssr.. isu2 smasa.. amalan refleksi... bca je sume.. sbb nasib tngok org yg tmuduga tu.. haha



HUSNA KAMARUDIN
IPG PERLIS
PENDIDIKAN JASMANI

kmi hr tu panel tnya--- kan skrg ni kt skolah org smakan cikgu pj ni mcm tkang kebun je... so apa nak buat, nk bg org nmpak kualiti cikgu pj?... lgi... apa beza kurikulum n kokurikulum... dlm fpk... apa yg dimaksudkan dgn seimbang tu... lbih kurang cm tu la...



SHAIFUL RIZAL
IPG KB
BAHASA MELAYU

Knp nk jd cikgu bm. Yg tu doa nak mbmmbi.. Pastu lgkah mmrtbatkan bhasa mlayu..dia suh bt micro teaching skli..

Kdg2 soalan nk tnya mdah ja.. Tp aras soalan dpa nmpak cm pyh.. Hehe

tp yg pasti cara nak bg murid kreatif. pastu pernan guru bm, pastu pencapaian ko. kurikulum akademik kita



JEJUPINGU (USTAZAH)

SAINS

Pengalaman di-interview tadi...antara soalan-soalan yang ditanya ialah:
  1. Perkenalkan diri masing2
  2. Apa beza pendidik dan pengajar?
  3. Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran?
  4. Apa beza seni dan sains?
  5. Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?
  6. Apa itu PBS?
  7. Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka?
  8. Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran ka?
  9. Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka saja?
  10. Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan tu susah? Apa peranan panitia?
  11. Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian?
  12. Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar.
  13. Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya.
  14. Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah?
  15. Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan alasan kamu kenapa?
  16. Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?

MOHD ADHAM NORDIN
IPG KSAH
PENDIDIKAN JASMANI

asalamualaikum.. ini untuk y x hadapi temuduga lagi..mgkin blh prepare molep.. meh a.am kongsi u kwn y akan tmuduga.. a.am msk 6 org satu kumpulan..a.am sore jah dr ipg ksah.. msuk dgn syum n confident.. penampilan pnting...sb kita dh msk golongan profesional. pstikan pki kot n tag nama.. susun file kemas2.. jgn susun last2 minit..die dh prepare soalan dah sbnrnya.. y cek file kt luar pun sbnrnya sdg psiko kita.. die nk tgok lyk x jd cikgu.. mmg diorg ni akan ckp kasar.. tp sbrlah yer...jwb molep..ikut mcm Rasulullah ajar..beradap sopan.. umpama dibaling dgn batu dibalas dgn buah..

soalan:
1.mcmna nk kira nisbah guru n murid disekolah(u masa sekarang,bkn kssr.. sb ada jwp 1 nisbah 16 kna gelak jer..)?

2.brp byk pekeliling pj? n sebutkan salah satu pekeliling beserta tarikh dikeluarkan dan isi2 pekeliling tersebut?

3.apakah ujian y dijalankan di sekolah untuk menilai kcrgasan? sebutkan secara penuh akronim SEGAK tersebut? sebutkan kompenen2 tersebut? bila dilaksanakan SEGAK tersebut?

4.syarat kemasukan ke asrama pnuh telah dipinda, sebutkan apakah syarat tersebut dan pada tarikh bila ianya dipinda?

5. bagaimanakah nk atasi masalah obes dikalangan pelajar ketika anda sedang mengajar pj di padang?

6.macamna nk eja gunting dalam bahasa inggeris?

ini ringkasan jer soalan2 yang ditnykan kpd kump a.am.. nampak mcm ssh.. tp apa yang korang xleh jawb 2, i2 jgklah y berlaku pada a.am.. just senyum n ckp jelah y sy xbrp arif..hehehe..



AWATIF AMNI

IPSAH 20/2/2013

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 2020
2. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.
3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi.
4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS?
5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik minat murid belajar.



SYAKIRAH RIDZUAN

IPGKPM 25/2/2013
1. Sudah brapa kali mjlis raja2 bersidang?
2. Bil. Timbalan di bawah Tun Mahathir.
3. Kandungan dlm pekeliling tahun dahulu kala tentang keselamatan di sekolah.
4. Tindakn susuln anda jika MBMMBI dimansuhkan.
5. KBKK tentang pemulihan khas


AMIROL HAFIZI ZAINOL

25/2/2013
IPG Perempuan Melayu Melaka
Major : Pemulihan

Soalan
1. prosedur buat surat nak jemput sultan @ menteri majlis di sekolah.
2. Kalau ada kes keracunan makanan nak buat ape?
3. Mengapa yuran pibg dipanggil sumbangan?
4. Jenis instrumen pemulihan.
5. Kalau murid lmh igtan cne,
6 .Mengapa perlu guru kaunseling sepenuh masa ?
7. Waktu persediaan gune untuk ape?
8. Pengalaman praktikal dpt apa?



ASYRAF AHNAF

PESANAN BUAT RAKAN-RAKAN YANG BELUM TEMUDUGA LAGI. SILA PASTIKAN DIRI ANDA DILENGKAPI DENGAN ISU-ISU DIBAWAH TERUTAMANYA MEREKA YANG BAKAL DITEMUDUGA OLEH DATUK NORMAH (Pegawai SPP x silap)

- 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut. (pastikan
fakta anda betul)
- 5 prinsip Rukun Negara beserta huraiannya.
- Nama-nama Menteri beserta portfolio kementerian mereka.
- pembentukan sesebuah kerajaan negeri ataupun pusat, (DUN dan Parlimen)
- GTP
- NKRA (sub NKRA pendidikan)
- Tugas-tugas GB, Pen. Kanan, Ketua Panitia.
- Kaedah mengajar subjek major anda (Pastikan korang kaitkan dengan Teori-Teori Pembelajaran)

p/s Datuk tu akan cuba sedaya yang mampu untuk bantu kita. Tapi pastikan kita tahu tentang isu-isu yang ditanya....All the Best untuk korang semua...



NURUL ATIKAH

25/2/2013 IPG IPOH

Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian iv di ipg ipoh hari ini:

#tiada gelak ketawa di bilik 1.soalan serius bertubi2# ketawa dlm hati je..sebb ske goreng sampai jawapan jd mcm merba..
- nkra
-ppsmi
-ujian formatif
-aspirasi ngara
-pppm
-Integriti
-linus
-kemahiran kbkk dlm math,aktiviti,
-soalan yg kena cop xbersdia- pbs-nama fail2..




ARUNIA AYUNIA
group 4 (last) ipg kpm
kos : prasekolah

1- Kenapa stesen KTM Tanjung Pagar ditutup?
2- Stesen kereta api yg pertama, dibina dari mana ke mana?
3- dlm byk sultan,sultan johor ada lesen bawak keretapi.. berapa kali sultan johor bawak keretapi?
4- berapa harga (RM) naik River Cruise kat melaka?
5- Berapa ramai pelancong datang melawat melaka dalam setahun..
6- nilai2 murni ada 16, cukupkah/memadaikah 16 nilai shj..(pppm)
7- situasi : suatu hari, ibu bapa murid pra datang ke sekolah mengadu anak dia, ada lebam di bahagian telinga. dia mengugut utk melaporkan kpd polis. apa tindakan anda?
 
ZAFIRAH ZAKARIA

iv spp ipgkpm group 3
en.gurdev:
1-apa tajuk berita utama mlm td (isnin mlm selasa)
2-berapa kali mjlis raja2 bersidang..
3-berapa bil tpm dibwh pimpinan Tun Dr. M
4-bnci penduduk pda disember 2010
5-aspek keselamatan yg perlu disekolah
6-prosedur jemput Ketua Menteri Melaka hadiri msyurat PIBG

soalan pra:
kbkk- anda dg41.. gB dg32. GB bg arahan... semasa pnp anda kena bawak budak pi pertndgn netball.. tindakan anda??? arahan kedua... GB surh anda latih budak netball petang2... tndakan?

MU'AZ ABD RAHMAN
PENDIDIKAN JASMANI

27/3/2013 - IPG IPOH (group 1)

1)apa tujuan dtg ke sini?
2)sebutkan prinsip rukun negara
3)apa itu FPK?
4)apa yang anda tahu ttg 1M1S?
5)tujuan 1m1s
6)apa itu penilaian sumatif?
7)16 mei adalah hri guru..apa signifikan pemilihan tarikh 16 mei itu?
8)guru korban masa hjg mggu utk latih murid..pendapat anda?
9)perbalahan persatuan taekwondo malaysia menyebabkan ada atlet xdpt beraksi di sukan sea..beri komen ttg isu ini
10)nama beberapa persatuan taekwondo di msia..
11)sukan pling popular di msia?
12)spa pemain bola sepak msia yg terkenal?
13)siapa lagi pemain badminton msia yg dikenali selain LCW?
14)isu kesihatan..LGBT..setuju atau tidak lelaki & pmpuan yg blom kahwin tggl serumah?
15)guru persatuan sukan di sklh xda kemahiran..apa yg prlu dilaksana utk bg mereka ada pengetahuan ttg sukan?
16)jurulatih bola tampar msia sgt hebat & di iktiraf oleh prsatuan VB dunia..namun knapa team msia x hebat?
17)kekurangan fasiliti VB di sklh..stuju atau tidak..bri komen..
18)senaraikan kemahiran asas VB
19)senaraikn kemahiran asas ping pong
20)pemain bola sepak msia yg tlah dilamar kelab luar negara kembali ke tanah air semula..knpa ini berlaku?
21)guru ada msa free nk latih murid sabtu & ahad,,tetapi murid ada tuisyen..so apa penyelesaian??
23)asal taekwondo dri negara mna?
24)asal karate dri negara mna?
25)senaraikn kemudahan VB yg ada disekolah..

 
RUZIDAN SENAWI, NUR SHUALI SHUKRI, NORZULIA, SAFWAN NUDIN
PENDIDIKAN JASMANI
 
27/2/2013 -IPG IPOH (group 3)
Perkongsian soalan umum yang ditnya ttg temuduga di ipg ipoh bagi kumpulan saya...
1) 5 teras pppm
2) sebut 11 anjakan pppm
3) bgaimana nk jd guru cemerlang
4) sebut 5 rukun negara
5) bgmana nk memartabatkan bahasa melayu (mbmmbi)
6) konsep 1 malaysia
7) apa yang anda faham dengan 1 murid 1 sukan
# penemuduga yang sorang lagi dia tanya berkaitan major kita je..

 
SYARIFAH AMIRAH, WAN NABILAH, ZAKIAH
PENDIDIKAN JASMANI

27/2/2013 - IPG IPOH (group 4)

HYE! ni soklan yg diajukan kpd kumpulan kami..
1. Visi Malaysia -jwpn dia Wawasan 2020
2. mbmbi
3. 1m 1s
4. Gagasan 1 Malaysia
5. Aspirasi negara (5 pppm)
6. Pendidikan seks dalam PKesihatan
7. LGBT (lesbian gay biseksual transgender)
8. Kemahiran dalam olahraga (fasa2) - dia tnye sorg2 kemahiran yg mahir, tp mira tibai kemahiran dlm permainan. HAHA.
9. Maksud olahraga- jwpn dia, mengolah jasmani(raga)
10. Kenapa PENDIDIKAN JASMANI penting utk negara?
11. Steroid - kenapa dilarang dlm sukan?
12. FPK - hafal naaa

*panel suka menerangkan kembali apa yg ditnya, kami senyum dan rasa bahagia. pastu dia tunjuk paper STAR xsilap ttg remaja sekolah yg mengandung.

SYARIFAH AZREEN (cousin sy, hee)
BAHASA MELAYU

28/02/2013 IPG IPOH

1. Apakah teknologi hijau?
2. Maksud teknologi? jwpn dia proses
3. Cadangkan tindakan yg perlu dibuat utk meluaskan peranan kantin?
4. FPK? Bagaimana mengawal emosi murid? rohani pula bgaimana?
5. Pengurusan kelas - peranan guru?
6. Beza 'kita' dengan 'kami'?

HAQITA TARU

soalan spp sesi kumpulan 1 1/3/2013
IPG Kampus Ipoh


soalan:
1) maksud budaya ilmu
2) maksud mengajar
3) pemikiran luar kotak
4) taksomi bloom
5) soalan terbuka tentang botol...
6) pendidikan khas
-ciri2 budak pk..
-kategori budak pk
-perbezaan antara slow learner, sindrom down, austisme, terencat akal..
- bagaimana mengendalikan budak pk yang tak tahu uruskan diri



NI NA (name fb)

Tahniah kpd yg telah selesai iv..kpd yg akan ditemu duga, mohon pastikan anda baca ckit mengenai:

1. Beza antara 'kita' dengan 'kami'
2. Beza antara 'bidalan' dengan 'pepatah'
3. Kemahiran berfikir yang perlu ada pada seorang
4. Apakah yang ada di tengah 'sawah' (luar kotak fikiran)
5. Ayat pertama FPK
6. Funny riddle.

*Tambah-tambah lagi kalau penemuduga nama Haji Jayus. Prepare benda2 di atas. Tidak lupa juga bca dasar2 kerajaan, dll.. In sha Allah kalau penemuduga bernama di atas, dia tak tanya lgsg psal dasar2 kerajaan yg merapu2 ni. Ilmu keguruan yg akan ditembak. Selamat berjaya mengkome semua ~~ (^_^)v


NURHISYAM BELANG

5/3/2013

Ramai yg tanya, apa soalan temuduga td. Berikut ialah jawapan sy, harapan sy, semoga ia membantu:

Soalan umum:
- apa itu pppm
- 11 anjakan pppm
- kssr, dan huraian
- pbs, dan huraian

Soalan pedagogi:
- apa itu kaedah koperatif
- apa yg menarik dlm p & p

Soalan major(psv):
- surelism
- diskusi ttg aliran surelism

Tugasan:
- kena lukis 3 objek yg pamer pencahayaan dan ton

Tips:
- lelaki WAJIB pakai blazer
- jgn temberang/goreng fakta
- pakai kemas dan sopan
- relax urself, be calm

Trivia:
- ramai calon yg cantik, mata lelaki jgn nak melilau sgt. Nnt ilmu hilang.




FATIN OMAR

Putrajaya 5/3/2013 (kos Pendidikan seni visual)

soalan 1 : apakah kaedah yg anda akn gunakan dalam pnp pendidikan seni visual??
soalan 2 : apa yg anda tahu tentang aliran kiubisme?? siapa pengasas pd aliran trsebut??sebutkan karya yg trkenal pd aliran itu?
soalan 3 : anda kenal abdullah ariff?? ceritakan serba sedikit tentang dia.
soalan 4 : siapa kartunis yang anda kenal??

soalan 5 : beri tiga nama pelukis terkenal di Malaysia.


ZAHIAH ZAHARI

Putrajaya 7/3/2013 (kos pendidikan khas-mslh pembelajaran)

hafal fpk sebijik2 die soh recite....gtp...6 komponen tue, then nkra pend 4 komponen tue pe...ciri2 fizikal tiap2 kategori pk n npe plh pk

pastu literasi n numerasi tue cmne nk tnjuk kan tercapai nye nkra tue dlm pgjran kite

SAHRUL LAIL

soalan senang je..... ni dia... Alhamdulillah..interview dah setel..antara soalan2 ditanya
-berapa ramaikah tentera malaysia yg dhantar di lahad datu 'pagi ini'..huhu..
-bilakah tun dr mahathir dilantik menjadi PM?
-apakah matlamat 1Malaysia..
-nkra yg ke2(memerangi rasuah)
-apakah matlamat kpm?pastu misi kpm?
-apa beza ujian sumatif n formatif..
-apakah surelisme n kubisme?
-apakah pbezaan saiz karya kubisme n surelisme?
-cara untuk menilai murid?(pemerhatian,hasil kerja,ujian


KHUZAIMAH

Alhamdulillah..da selesai iv..thanks to my dad sbb tunggu sy abes iv..
Utk kwn2 yg kena iv esok kt IPG KTB..kot2 la sapa yg dpat ngn penemuduga En singh tu..tp dia baik n ok la..soalan yg dia tnya kpd kami di blik 3 yg sy ingat la.. ;-)
1. Siapa YDPA yg ke 6? Mata juling2 naik ats..bt pkir..kih3..
2.Dasar pandang ke Timur..knapa wujudnya dasar ni?
3. Mcmna nak lahirkan masyarakat yg taat setia berdasarkan matlamat KPM..bg pndangan.
4.Knapa masih ada jurang antara kaum? Lebey kurang mcmni soalannya..
5. Kalau ada murid pra menangis,apa yang akan anda lakukan?
Utk subjek major,kami kena tnya kt puan apa nth nama dia,pasal
1.peruntukan masa utk modul teras dan bertema,brapa minit semua dlm seminggu?
2.peruntukan masa rutin dalam seminggu.
3.ada berapa tema dalam setahun?
4.RPT,RPM,RPH..terangkan apa yg kita faham..


CHEN JINGMIN SAMUEL

Soalan yg telah kumpulan saya dpt:
~ apakah itu ujian?
~ apakah itu meter kereta?
~ Dlm FPK terdpt JERIS, Apakah bukti yg menunjukkan emosi telah dikbgkan seperti yg dinyatakan dlm FPK?
~JPU terdiri daripada pelbagai aras kesukaran, nytkan aras tersebut n buktikan murid telah capainya.

Soalan major:
~Nyanyikan skala pentatonik dlm solfa...
~Apakah muzik/tarian/lagu/alat mzk negeri anda? (nyanyikan, tunjukkan)

Hrp membantu kpd mrk yg blm iv n all the best.
p/s: sijil2 yg tiga keping tu.... dia tak minta pun... dia keluarkan n bg i balik, tapi, better just bawa sekali lah... mana tau....


NURFARAHANA SHAMSUDIN

alhamdulillah dah selesai intview di bilik 2...kumpulan ke 3 di IPG KB
soalan2 yg dtanya
a)apakah mksud intgriti
2)apakah mksud murid berisiko
3)tujuan motivasi dijalankan ke atas murid pemulihan
4)ciri-ciri guru pemulihan
5)mksud LINUS
6)MBMMBI
panel baik dan banyak bg nasihat dan tunjuk ajar=)



AIN MOHAMED

nie soalan dr panel 1 (lelaki):
1. apakah maksud pengajaran?
2. apakah ayat pertama Fpk?..(die nk ayat dlm dlm buku tau)
3. dlm fpk kn, ada ayat 'untuk mewujudkan insan yg seimbang dan harmonis dr segi JERI' ..soalan dia, apa yg dimaksudkan dgn " SEIMBANG " tu?

solan dr panel 2 ( wanita)..
nie soalan brkaitan dn kos major..
1. apa maksud OBJEKTIF yg kita tulis dlm rph tu? (pastu bg la 1 contoh)
2. adakah seorang guru prasekolah boleh menjadi atau terlibat dgn jawatan panitia di sekolah?..(jwpan dari puan tu- boleh dan wajib...kerana semua guru wajib melibatkan diri dlm setiap aktiviti di sekolah..lbh kurang mcm tu la)...
3. apakah maksud refleksi dlm buku rph?..pastu cara penulisan refleksi (dlm bentuk angka, kebaikan, kelemahan dn penambahbaikan...)


NURAIN ALI

Bilik 1 IPGKRM
Sesi : 7.30pg (tapi kami kumpulan 4 masuk pukul 11.30pg)

Panel 1 ( Puan Rahmah rasenye )
1- perkenalkan diri (nama, asal, anak ke berapa, ipg mane, status, buat ape sementara menunggu posting)
2- kenapa nak jadi cikgu

Panel 2 (tak ingat name)
1- ape perubahan yang berlaku pada pendidikan kita sekarang? (secara terbuka)

2- ape itu pengurusan bilik
darjah (calon 1)
-ape kaedah yang awak guna untuk ajar KT (calon 2)
- Berapa jam guru perlukan untuk ajar kokurikulum dalam seminggu (calon 3)
- apa peranan guru dalam PIBG (calon 4)
- apa itu budaya sekolah (calon 5)

*iv dalam setengah jam, panel psiko tp dalam mase yg same die banyak nasihat..


 
Ok sahabat2..lepas nih..boleh lah get ready untuk temuduga pulak.. moga semua berjaya..insya Allah..