Wednesday, May 16, 2012

Sempena Hari Guru 2012...

Sempena Sambutan Hari Guru 2012 yang julung-julung kalinya diadakan di UTHM pada hari ini 16 Mei 2012, terdetik dihati ini ingin membina satu lagi blog untuk saya jadikan kenang2an dalam hidup saya...

Pengalaman saya selama hampir 3 tahun menjadi guru sandaran tidak terlatih di SMK Damansara Damai 1, Petaling Jaya, Selangor, byk memberi pengalaman yang tidak dapat di luahkan...Kenangan pahit dan manis ketika menjadi guru di sekolah ini memberi seribu makna dalam diri ini..

Cita-citaku ingin menjadi seorang guru ketika masih kecil lagi..insya Allah akan menjadi kenyataan..Kini saya berada di UTHM dan sedang mengikuti Kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah..

TERIMA KASIH CIKGU ! Ucapan ini tidak kulupakan kepada guru-guru yang telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepadaku sehingga ku ke peringkat ini...SELAMAT HARI GURU...CIKGU ! Semoga hidup kalian dirahmati dan diberkati Allah SWT hendakNya.

No comments:

Post a Comment