Thursday, October 10, 2013

Konvo Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, UTHM, Johor.

Alhamdulillah..tanggal 06 Oktober 2013, cikgu dapat juga naik pentas Konvo bagi mengisytiharkan tamatnya pengajian cikgu dalam bidang pendidikan. Course yang cikgu ambik adalah Teknologi Maklumat..

Hari ni merupakan hari yg paling bersejarah dalam hidup cikgu..kerana kegembiraan ini dikongsi semua orang termasuklah ahli keluarga, suami tercinta, 6 orang anak2 cikgu, sahabat2 , pensyarah2 dan juga pengasuh anak cikgu sepanjang pengajian cikgu di UTHM.. Keputusan yang dicapai oleh cikgu juga amat membanggakan walaupun cikgu tidak sehebat sahabat2 cikgu yang lain. Namun cikgu bersyukur kerana keputusannya paling baik diantara keputusan semasa Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Teknologi Maklumat sebelum ini..Sepanjang pengajian cikgu, pelbagai onak duri dan rintangan yang telah dihadapi..pahit manis semua ada..bayangkanlah.." cikgu seorang isteri dan mempunyai 6 orang anak ketika itu berumur ( 11 tahun, 9 tahun, 8 tahun, 6 tahun, kurang setahun dan preggy lg sorang ). Semasa pengajian cikgu, cikgu tinggal di Johor. Manakala 3 anak yang bersekolah tinggal dengan abahnya.. cikgu menjaga 2 orang yg berumur 6 tahun dan kurang setahun..

Banyak peristiwa yang cikgu alami..dari mencari rumah sewa yang selesa untuk didiami (pernah tinggal 3 buah rumah sepanjang di sini)..menghadapi assignment yang byk, mengasuh baby yang masih kecil, study week dan juga hari2 exam...sehinggalah berakhirnya pengajian cikgu selama setahun di UTHM..

Kalau nak diceritakan memang lah panjang..boleh dijadikan satu novel..Namun pengalaman ini sangat istimewa buat kami sekeluarga..

Ok..santai bergambar...
 
Ok..ni.Cikgu bersama 4 orang anak cikgu 2 orang lagi Nadhirah dan Najihah cikgu terpaksa hantar kat pengasuh..sebab Nadhirah tu lasak sikit..tak leh duk diam..manakala adik pula (Najihah) baru 3 bulan.. dan lebih selesa jika berada di rumah pengasuh..lagi pun hari ni hujan renyai2 pada sebelah pagi..Mereka semua banyak memberi galakan dan semangat pada Cikgu..tq so much!
Ni pula bersama suami cikgu lah..yang sentiasa memberi galakan dan semangat kepada cikgu..walaupun kami berjauhan..tapi dihati tetap satu..
 Bersama sahabat-sahabat sepengajian cikgu..
 Suasana dalam dewan Konvo
Buku Konvo
 
Dewan konvo ni baru dirasmikan pada 5 Oktober 2013.
Cikgu merupakan graduan bath pertama yang berada di Dewan Konvo ni..


No comments:

Post a Comment