Wednesday, October 23, 2013

Persediaan untuk menghadiri temuduga Part 1

Konvokesyen dah berlalu..so, saya perlu buat persediaan untuk menghadiri temuduga dengan SPP pula untuk perlantikan guru di sekolah. Doa-doakan saya yer..moga di hantar ke negeri yang berdekatan dengan famili..

Apakah persediaan yang perlu untuk menghadiri temuduga? Jom kita siasat..
Ok ni saya dapat dari laman sesawang SPP.

1 ) Panduan Am Temuduga

 

Sumber dari :
 
Seterusnya adalah :
 
PANDUAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMU DUGA

DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

 
1. Kompleks Jabatan Perdana Menteri telah diisytiharkan sebagai

Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

2. Calon temu duga tidak digalakkan membawa bersama ahli keluarga untuk urusan temu duga
. Hanya calon temu duga sahaja dibenarkan masuk ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri bagi urusan temu duga. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan, keluarga akan dibenarkan masuk untuk menunggu hanya di kawasan kafeteria di Blok B1 dan B2 selepas jam 8.30 pagi.

3. Calon temu duga hanya dibenarkan untuk memasuki ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
30 minit sebelum waktu temu duga dijalankan. Calon yang tiba lebih awal tidak akan dibenarkan masuk sebelum tiba waktu yang telah ditetapkan. Waktu temu duga boleh disemak pada surat panggilan temu duga.

4. Calon temu duga perlu mendapatkan
Pas Keselamatan Pelawat di Balai Kawalan Keselamatan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan kemasukan ke kompleks. Calon perlu sentiasa mempamerkan Pas Keselamatan Pelawat semasa berada di dalam kawasan kompleks.

5. Calon perlu membawa bersama
dokumen pengenalan diri selain kad pengenalan bagi tujuan penukaran Pas Keselamatan Pelawat. Kad pengenalan calon diperlukan bagi urusan semasa temu duga. Dokumen pengenalan lain yang boleh diterima untuk tujuan penukaran Pas Keselamatan Pelawat adalah seperti lesen memandu yang mempunyai gambar, kad pengenalan jabatan, kad nikah dan pasport.

6. Calon dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian mengikut etika berpakaian bagi menghadiri temu duga. Calon yang memakai
pakaian yang kurang sopan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
Calon temu duga perlu berada di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri atau di lokasi lain yang dinyatakan sebagai lokasi temu duga bagi urusan tersebut. Selain itu, calon hanya dibenarkan untuk ke kafeteria yang terletak di Blok B1 atau B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

8. Calon perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang sedang berkuatkuasa di dalam kawasan kompleks, calon dipohon untuk membaca peraturan yang dipamerkan di pintu masuk Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Mana-mana pegawai/anggota keselamatan berhak membuat pemeriksaan keselamatan ke atas calon-calon dan sekiranya calon didapati melanggar mana-mana peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, calon boleh diarah untuk meninggalkan kawasan kompleks.

9. Calon temuduga perlu mengembalikan Pas Keselamatan Pelawat, mengambil dan menyemak kembali dokumen pengenalan diri yang diserahkanya sewaktu penukaran Pas Keselamatan Pelawat sebelum meninggalkan Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

10. Kegagalan menyerah atau menghilangkan Pas Keselamatan Pelawat, Seksyen Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri boleh mengenakan denda kepada calon sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja).

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
 
Sumber dari : http://www.spp.gov.my/images/stories/Panduan_danlain2/PANDUAN%20MEMASUKI%20KOMPLEKS%20JABATAN%20PERDANA%20MENTERI.pdf

Hari ni Cikgu nak share skit mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sebagai persediaan untuk menghadiri temuduga..
Ok..ni Objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment